Siri Masakan Bima Sakti: Bihun Goreng Umah Sewa

Hey guys, skrg aku dh duduk menyewa jadi mcm biaselah kalo duduk bujang mesti kena rajin memasak utk dinner utk diri sendiri. Yes dinner sebab pagi smpai ke maghrib ade kt opis. Jumpa dapur malam je.

Ok now, wanna share this simple bihun goreng recipe utk korg yg nk masak dinner cepat dan bole la sedap gak. Sesuai utk org bujang yg duduk menyewa sendiri atau dgn kawan2.

Ingredients

  • Bihun yg dh siap rendam lembut
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi merah
  • Belacan
  • Telur
  • Fish cake
  • Ayam yg sudah didadu
  • Sos tiram
  • Seasoning a.k.a pepper & salt
  • Sayur sawi/carrot (kalau nk letak)

Cara-cara

Ok now, make sure bihun dah siap rendam awal2. Kalau xsempat just rendam dgn boiled water kasi submerged. Then bawang putih, bawang merah & cili padi merah kasi finely chopped. Kalau malas masuk food processor.

So panaskan minyak masak. Sambil tu beat the eggs smpai a bit ringan dan masukkan dlm kuali. Kasi scramble skit then masukkan bahan2 yg dh potong/blender tadi dan juga belacan. Kasi wangi skit then masukkan fish cakes dan ayam. Kalau korg ade carrot time ni letak lah yg dh siap2 potong nipis.

Then taruk sos tiram ikut selera. Tambahkan minyak masak sedikit sekiranya perlu. Jgn terlalu kering tumisan tu. Pastu taruk seasoning ikut keperluan. Not too much.

Last skali masukkan bihun yg dh siap direndam. Gaul rata then kalau ade sayur nk letak gaulkan sama sehingga a bit layu. Taruk air sikit sekiranya perlu kalau xsuka kering2. That’s it. Hidang panas2. Makan panas2. Mana yg suka pedas2 tu guna cili padi merah lebih skit lah.

Selamat mencuba!

Siri masakan bima sakti: Garlic rice

Hi semua abg2 dan kakak2 dan adik2 sekalian. Hari ni saya, #twitterchef kegemaran anda akan share satu recipe yg mudah utk dibuat di rumah mahupun di khemah bila gi camping. Tapi yg penting bahan kena ada la kan. Kalo xde bahan buat la lempeng. Senang. Ok cukup, jom..

Bahan2 yg diperlukan;
1. Beras basmati. Kalo xde pakai beras biase pun boleh.
2. Minyak masak. Kalo nk fancy pakai olive oil atau peanut oil.
3. Butter. Slightly salted ya.
4. Chicken stock. Kalo malas pakai chicken cube knorr tu.
5. Garlic yg dh siap blender dlm 4-5 bijik.
6. Red onion yg dh siap blender sebijik je.
7. Daun parsley skit utk hiasan.
8. Salt utk seasoning.

Cara2 memasak;
1. Panaskan minyak dlm rice cooker dlm kuantiti utk tumis lah jgn byk sgt nnti melekit nasik nye. Bila dh panas masukkan butter dlm 3 cubes kecil yg mcm kt hotel tu. Then bila dh melt butter tu masukkan garlic dgn onion yg dh siap blender tu. Tumis sampai wangi. Jgn smpai hangus. Just nk carmalize je. Pastu masukkan beras basmati yg dh siap cuci dan toss. Kacau2 beras tu smpai nmpk seperti berkilat lutsinar gituew. Make sure jgn hangus so kena rajin kacau.

So bila dh nampak berkilat lutsinar tu, masukkan stock ayam tadi. Kalo beras korang letak 2 cup so stock ayam 4 cup. Gitula kiraan dia lebih kurang. Kalo yg pakai chicken cube knorr tu masukkan air kemudian taburkan chicken cube knorr tu gaul sebati.

Letak garam skit utk buat rasa. Gaulkan sebati, tunggu mendidih skit dan close the lid.

Tunggu smpai masak. Kemudian garnish dgn parsley. Sesuai makan dengan ayam masak merah or rendang daging. Kurma/kari ayam pun ok jugak kot rasanya.🙂 Sedap beb. Try la. Selamat mencuba!

Keypad, keyboard, pen & kertas

Nampaknya aku dh start balek nk menulis. Mood menulis dh dtg balek. Lama sgt dh aku rase aku x menulis. Setelah sekian lama.

Ideas dtg dgn lebih senang skrg. Mcm flowing water. Maybe sebab skrg aku ade masa terluang utk dengar lagu.. Tgk old movies.. Maybe.. Mungkin juga sbb i have time to look whatever things yg terjadi di sekeliling aku..

Good then. At least i have something else to do other than work related stuff. Sometimes perlu juga ada masa utk diri sendiri kan?

Jgn sia2kan idea yg dtg! Confirm susah utk dpt semula.

Let’s write!!

Bawaku Cinta

Bila kau pergi
Membawa cintaku
Hati ini kosong
Namun sisa api ini masih mekar
Biarpun angin meniup

Angin bawakan ku pergi menemunya
Terbangkanku kepada dirinya
Ku tak sanggup menahan rindu
Biar walau sedetik
Biar cuma sementara

Memori indah bagaikan tirai
Setiap helai melintas di hadapan mata
Tak pernah kufikir untuk menyakiti
Diri ini setia untuk selamanya
Biarpun hati disapa

Angin bawakan ku pergi menemunya
Terbangkanku kepada dirinya
Ku tak sanggup menahan rindu
Biar walau sedetik
Biar cuma sementara

Indah hidup sewaktu bersama
Kembalikan cintaku yang kau bawa

@radzifasha

Look At The Stars

Bright and distant
The shine seems shy
Covered clouds please move
This is the only time

Look at the stars
When you think of me
Look at the stars
When you feel lonely
Look at the stars
When you feel sad
Look at the stars
When everthing seems bad

The stars will shine
Promise you will be there
Cos’ you know I don’t have time
A broken man
A broken soul

Look at the stars
When you think of me
Look at the stars
When you feel lonely
Look at the stars
When you feel sad
Look at the stars
When everything seems bad

I won’t be here all the time
But I promise you the stars will shine

@radzifasha

Siri bercakap dengan kucing: 1 pagi

Kadang aku tak faham dgn diri aku sendiri.
Kadang aku happy.
Kadang aku bosan.
Kadang aku rindu.
Kadang aku sedih.
Kadang aku kosong.

Aku tak rasa aku complicated. Aku tak rasa aku insecure.

Aku tak suka benda yang kusut. Bukan sebab aku tak boleh face realiti. Bukan sebab aku nak lari dari berhadapan dengan apa perkara.

Kadang hidup perlu pengorbanan. Pengorbanan.
Kadang hidup perlu toleransi.

Tak perlu nak sembunyikan rasa dalam hati.
Tak perlu berlakon supaya orang senang.
Tak perlu ambil hati kalau tahu benda tu menyakitkan.

Esok siapa tahu apa yang akan berlaku.
Esok siapa tahu apa yang akan kita ketemu.
Esok siapa tahu sejauh mana kita pergi.

Nasib baik aku jenis penyabar. Aku tahu dengan sifat tu aku boleh survive. Walaupun aku tahu kadang aku sendiri tak boleh terima hakikat.

Biarkan waktu itu datang. Biarkan ia pergi. Jangan lepas. Jangan mengalah.

state of love and trust